Saturday, June 27, 2009

bermain- main dengan cita- cita

Aku sebenarnya tak ada cita- cita tetap pun. Heh. Buat malu je. Bukan apa, nak ambil sains tapi otak aku ni kadang- kadang blur dalam sains. Tak belajar dari hati. Kadang- kadang rasa macam ini, "penatnyaaaaa lah belajar". Tapi disebabkan penulis ni bernama Amilah, jadi dia berfikiran positif dan sangat positif. $%@&+!

Jom, bermain- main dengan cita- cita.

1. Aku nak belajar bahasa- bahsa lain. Pandai grammar, terer vocab dan boleh cakap. Pastu kita terjemah buku! Inilah formula orang dulu- dulu nak jadi bijak. Ambil ilmu yang kita tak tahu pastu belajar. Khalifah kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah mesti berbangga dengan cita- cita (sahaja) ini. Hemo hemo hemo.

Yang paling best, aku nak belajar bahasa Siam. Sebabnya nanti- nantilah cakap.

2. Bila dah kaya buat terjemahan, buatlah benda lain pula.

kredit kepada Nisah Haron.

Nanti lori aku ada belang- belang hitam oren (semangat Malaysia!) :p
Lori- lori macam ini akan masuk ke celah- celah kampung dan desa dan sawah padi dan felda- felda. Buku ini mestilah hendak dijual tapi aku bagi jualan kredit. Bayar sikit- sikit sampai penuh. Ingat buku murah ke? Kalau aku beli pun selalunya rm30. Takkan nak jual buku cikai kot kat budak- budak pedalaman ni. Nanti kalau ada apa- apa masalah pendidikan, mesti nanti cakap "Kesianla budak kampung. Diorang tu bukanlah pandai sangat/ tak faham apa/blabla" Sampai bila minda kita asyik nak fikir macam tu tanpa buat penyelesaian?

*gambar itu di Riau, Sumatera.

3. Aku nak jual straw, penyedut minuman. Bayangkan kalau aku buka syarikat jual straw di Kuantan. Aku bagi jual dekat semua sekolah di Kuantan ni. Banyak juga untung ni. Tapi malangnya, straw ni synthetic polymer aar. Straw ni susah terurai dan mencemarkan alam sekitar (sila tulis dalam esei chemistry anda untuk soalan synthetic polymer!)

Jadi, apa kata kita ambil chemical engineering dan buat straw yang mesra alam? ha ha!

4. Buka kedai roti dan kek. Kek coklat berkrim dan bukan sekadar roti empat segi gardenia.

5. Belajar bahasa klasik Melayu dan Siam supaya saya tahu yang mana satu betul dan mana satu faham. Aku suka sangat baca sejarahnagarakedah dan sejarahnagarakedag sampai aku dah malas dan penat nak baca =.=

Bila dah tahu fakta yang sahih (kira kena jadi pengkaji sejarah), aku akan tulis buku dan jual.

Dan kebanyakan cita-cita yang main-main ini adalah berasaskan untung. Heh. Tapi bukan semata- mata kapitalisme okeh. Btw, ini cuma main- main lah.

6 comments:

FAriEz said...

oohhhh
aku nak wat bisnes handmade books
dan aku juga minat sejarah
tapi aku berapa minat sejarah melayu
aku minat sejarah eropah
tapi kadang2 layan jugak sejarah melayu
sebab banyak yang kita dapat tahu
dan mungkin bercanggah yang kita telah tahu

soliha ;) said...

semoga tercapai cita-citamu itu!
=)

Rantong said...

Salam ziarah. Blog dan posting yang menarik.

View Profile: Rantong™

Hakim The Lanun said...

semoga tercapai la jugak semua tu. amin
haha
aku pon pelajar sains tapi cita2 aku banyak yg ke arah bukan sains
err okay ke hah?
jap2, knape siam? bukan cina or bukan jepun?

amilah said...

fariez..
wat la blogshop. jual handmade books :P

aku lagi suka baca sejarah melayu. tapi malas baca bahasa klasik melayu.

soliha..
ni cita main2 je. tapi kalau terjadi bagus jugak :P

rantong..
:)

hakim..
aku pun banyak cita2 yang menjurus ke arah sastera. ok ke tak ok ke, bergantung kepada kita kan dan takdir Tuhan.

yang bahasa siam tu, kau tekan link yang ada dalam isi no. 5.
sejarah kedah ni selari dengan siam tau. untuk mengkaji sejarah, kita mesti bandingkan dengan catatan luar yang selari masa iaitu zaman dengan kajian sejarah kita. kedah kan dulu baik dengan kerajaan siam. jadi, bila belajar bahasa siam, kita dapat baca sejarah siam dan bandingkan/ kaitkan dengan kerajaan kedah dahulu kala.

mr. hafis said...

good ambition atau dalam french "belle ambition d'etre". :)