Sunday, October 25, 2009

manusia separa robot
otak berfungsi
hati beku

Friday, September 18, 2009

Kosan

Aku rasa kosong sekarang. Bodoh. Masa trial sibuklah sangat. Sibuk menghafal, sibuk spot soalan pastu last- last tidur. Yang paling best, baca benda lain. Esok keluar benda lain ===.===
sob sob. Nasiblah kan. Sebab aku baca untuk trial.

Tapi yang paling best, baru sekarang aku merasa belajar ramai- ramai masa hari periksa. Selalu aku duduk sorang- sorang sebab tak baca sangat. Tapi bila duduk dengan member- member ni, kuat betul duduk menyakat, duk gelak, duduk berbincang tolong- menolong (ini betul ok :> ) ,duduk emm yang ni tak payah cakapla. Haha.
OK, dan aku ada menyesal tentang satu perkara. Tak sangka boleh terbawa- bawa masa jawab periksa. Aiyahhhh

Dan satu benda yang aku dah tak nak buat masa SPM nanti; tengok kertas, pandang kawan dan gelak- gelak. Jangan tanya kenapa. Aku harap kertas yang tu, lulus. Amin. Naik markah lagi aku senyum. eheh

Dahla bosan sekarang. Nak buku bukan akademik. Buku bukan akademik. Bosan bosan

Thursday, September 17, 2009

Umm al-Qur'an

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

Segala puji bagi ALLAH yang mentadbir sekalian alam

Yang maha pemurah lagi maha penyayang

Lagi menguasai hari pembalasan

KepadaMu kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan

Tunjukkan kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai, dan bukan jalan orang yang sesat.

Ameen takziah kepada ummaira yang kehilangan ayahnya isnin lepas. Be strong.

*************
“Special Request” di tujukan kepada orang yang bernasib malang, atau orang yang kemalangan, atau orang yang menderita, dan yang semakna dengannya, manakala perubahan kepada dunia bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana anda memandang nasib malang dengan cara memurnikannya...

Lalu timbul soalan...

Request daripada siapa?
"Dari Allah..."

Sebab?
"dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji”

Apa yang Allah request?
"Sabar, redha, dan Sangka baik..."

Jika tidak?
"Hidup akan menderita, sakit jiwa, ganguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri... Dan akhirnya kat akhirat pulak kena masuk Neraka..."

Apa yang Special?
"Special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk di uji, bukan semua orang dapat.., dan Special sebab bila kamu penuhi request ini hati akan tenang, hidup akan bahagia dan bila mati masuk shurga.."

Baiklah, senang cam gini:-

'Special Request' bermaksud:-
Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji, Dan kerana itu Allah menguji kamu, kerana Allah sayang pada kamu, kerana kamu ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari azab api neraka yang panas membara dan beginilah caranya untuk masukkan kamu ke dalam shurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

Jadi panjang sangat penerangan itu, aku guna istilah "special Request”

kredit : kereta mayat

*******
takziah kepada ummaira yang kehilangan ayahnya isnin lepas. Be strong.
Saya tahu dia kuat :)


Saturday, August 29, 2009

zzz

Gila ah. Lama tak tulis kat sini. Rindu betul ):

Nantilah tulis balik. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52. Sedar tak sedar, tak rasa macam nak sambut merdeka pun. Bendera entah ke mana, lagu patriotik entah ke mana. Sebab semua orang sibuk dengan puasa, H1N1, nak raya dan trial.